Blogger Widgets

Loading[s] From Start !

Monday 11 February 2013

X-Tream : Paintball

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang mengunjungi blog ini. Pada entri yang lepas, saya telah menceritakan satu sukan ekstrem iaitu ‘Bungee jumping’ kepada anda dan untuk entri kali ini kita akan lihat pula permainan atau sukan ekstrem ‘Paintball’.


Secara umumnya Paintball ialah sejenis sukan di mana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin) yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan menjadi terkenal dengan begitu cepat sekali.
Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tiada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada tujuan, strategi dan kreativiti para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis-jenis peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain.

 Bagi yang tidak tahu mengenai sejarah kewujudan paintball ini, paintball telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball yang pertama sekali telah dimainkan oleh dua sahabat di dalam hutan Henniker, New Hampshire dan kemudian ianya dijadikan satu permainan sukan. Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel.





Pada mulanya sukan paintball ini dikenali sebagai survival. Permainan ini mempunyai peraturan yang sendiri iaitu menggunakan senapang yang dipanggil marker dengan menggunakan peluru pallet atau peluru cat. Marker ini berfungsi dengan menggunakan CO2 atau gas mampat seperti HPA dan nitrogen untuk menghasilkan kuasa tujahan setiap kali picu ditarik.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memainkan permainan ekstrem ini. Paintball kini menjadi satu lagi permainan ekstrem yang semakin hari semakin pesat berkembang serta mendapat tarikan yang sangat hebat dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kepada para remaja. Di Malaysia, paintball mula dipopularkan pada sekitar awal tahun 2000 dan kini menjadi antara negara yang aktif memainkan permainan di rantau ini. Paintball Global BT Big Games (BTBG) julung kali diadakan di Malaysia dengan membabitkan permainan serentak paintball di 82 lokasi di seluruh Malaysia. BTBG yang berlangsung di Malaysia dikendalikan oleh Delta Paintball Malaysia Sdn. Bhd. yang beroperasi di Paintball Valley Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam.
Jika anda meminati sukan ekstrim ini boleh lah pergi ke tampat-tempat berdekatan anda. Permainan lasak seperti ini sangat menyeronokan.Selamat mencuba!.

Thursday 13 December 2012

X-Tream : Bungee Jumping


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca, terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog rasmi Loading Pictures Production ini, Hari ini saya(ken) akan mengendalikan sebuah slot iaitu Slot X-Tream yang akan memaparkan jenis sukan-sukan lasak yang terdapat di seluruh dunia.
Sukan-sukan lasak ini biasanya dilakukan oleh orang yang berjiwa besar dan berani serta sukakan cabaran untuk melakukan aktiviti mencabar ini. Untuk entri kali ini saya akan memperkenalkan sebuah jenis sukan iaitu ‘Bungee Jumping’.


Aktiviti ini dikenali sebagai Bungee, Bungy , Bunjee , Le Benji or Suicide Practice dan ianya semakin digemari oleh golongan dewasa , khususnya para belia.

Saturday 21 July 2012

Info: Ramadan Bulan Yang Mulia

Assalamualaikum dan salam Ramadan semua, bersama saya Admin Haz ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan saya tentang Ramadan. Ramadan memang tidak asing lagi bagi umat Islam. Mereka yang mengejar harta akhirat yang kekal pasti akan menangis jika Ramadan pergi namun akan menyambutnya secara terhormat dan berkah apabila ia menyusul datang.



Loady Pendulum[s]