Blogger Widgets

Loading[s] From Start !

Thursday, 13 December 2012

X-Tream : Bungee Jumping


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca, terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog rasmi Loading Pictures Production ini, Hari ini saya(ken) akan mengendalikan sebuah slot iaitu Slot X-Tream yang akan memaparkan jenis sukan-sukan lasak yang terdapat di seluruh dunia.
Sukan-sukan lasak ini biasanya dilakukan oleh orang yang berjiwa besar dan berani serta sukakan cabaran untuk melakukan aktiviti mencabar ini. Untuk entri kali ini saya akan memperkenalkan sebuah jenis sukan iaitu ‘Bungee Jumping’.


Aktiviti ini dikenali sebagai Bungee, Bungy , Bunjee , Le Benji or Suicide Practice dan ianya semakin digemari oleh golongan dewasa , khususnya para belia.

Perkataan “bungee” mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama tersebut digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett, Bungee ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik. Terjun Bungee adalah sebuah aktiviti lasak yang sangat mencabar tidak kira sama ada fizikal mahupun mental. Seseorang itu perlulah berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan aktiviti seperti ini. Kerana Terjun Bungee (Bungee Jumping) adalah sebuah aktiviti di mana seseorang itu melompat dari sebuah kawasan yang tinggi (biasanya beberapa ratus kaki/meter) dengan satu hujung dari tali elastis yang dipakai di badan atau pergelangan kaki dan hujung tali satunya terikat ke titik lompatan. Ketika ia menerjun ke bawah tali itu akan meregang dan kemudiannya seseorang itu akan terlontar balik ke atas akibat dari regangan tadi.



Lompatan bungee modern pertama dilakukan pada 1 April 1979 dari sebuah Jambatan Suspensi Clifton setinggi 250 kaki di Bristol dan dilakukan oleh 4 anggota dari Dangerous Sports Club. Para pelompat itu, dipimpin oleh David Kirke yang ditahan tidak lama kemudiannya kerana melakukan aktiviti berbahaya seperti ini, namun mereka tetap meneruskan aktiviti ini dengan cuba melompat di AS iaitu dari Golden Gate dan jambatan Royal Gorge, sehingga ia telah menyebarkan konsep ini ke seluruh dunia. Pada 1982 ada juga pelompatan yang dilakukan dari "crane" bergerak dan belon air panas.

Aktiviti ini memang mendatangkan bahaya kepada seseorang itu, kerana kadar kemalangan yang berlaku dalam sukan lasak ini adalah terlalu tinggi dan amat mengerikan. Salah satu kesilapan yang selalu mengakibatkan kemalangan ialah apabila menggunakan tali yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform untuk memberi ruang kepada tali itu untuk meregang dan menjadikan penerjunan selamat.

Antara 5 buah kawasan terjunan Bungee yang paling tertinggi di dunia ialah :
5. Europabrücke Bridge, Austria – 630 feet (192 m)
4. Bloukrans Bridge, South Africa – 708 feet (216 m)
3. Verzasca Dam, Switzerland – 720 feet (220 m)
2. Macau Tower, China – 760 feet (233 m)

1. Royal Gorge Bridge, Colorado, USA – 1,053 feet (321 m)

Di Malaysia, aktiviti terjunan Bungee ini boleh didapati di Sunway Lagoon yang dianggarkan tingginya sama seperti sebuah bangunan 9 tingkat. Kesimpulannya, Jika anda seorang yang berhati waja dan berani bolehlah mencuba dan merasai sendiri pengalaman dengan melakukan aktiviti terjunan ini. Selamat mencuba!.



No comments:

Post a Comment

Loady Pendulum[s]