Blogger Widgets

Loading[s] From Start !

Thursday, 5 July 2012

Harimau Malaya: Sejarah Bolasepak Malaysia





Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini Ken nak memberi informasi juga menceritakan tentang sejarah perihal bolasepak Malaysia. Bola Sepak Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan lebih dikenali sebagai Pasukan Bolasepak Malaya. Pasukan Bolasepak Malaysia juga digelar sebagai Harimau Malaya atau Harimau Belang. Pasukan ini ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM. Pasukan Bolasepak Malaysia adalah salah satu pasukan yang disegani dan digeruni di rantau asia ini pada awal 1950 hingga 1980 an. Antara percapaian terbaik skuad Malaya ialah apabila memenangi pingat gangsa sukan asia 1962 di Jakarta. Malaya telah memasyurkan nama-nama pemain bola sepak seperti Ghani Minhat atau dikenali sebagai "Raja Bola", Arthur Koh, Robert Choe, Edwin Dutton. 





Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat adalah pemain adalah yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan games dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 adalah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini.Malaysia mempunyai banyak pemain ternama, semenjak pembentukan Persekutuan Malaya seperti pemain lagenda, AllahyarhamMokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia ke zaman keemasan semasa 1970-an hingga ke awal 1980-an. Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia 
mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980.Zaman kegemilangan pasukan bolasepak Malaysia mulai runtuh pada 1994 apabila berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanipah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan imej pasukan bola sepak negara.Di dalam generasi terkini , Mohd Safee Mohd Sali dianggap oleh orang Malaysia sebagai penyerang terbaik. Di dalam Ranking Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di dalam keluaran pertama perangkaan tersebut, pada bulan Ogos 1993, pada 
tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa adalah jirannya, Indonesia and Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik. Mengikut sejarah, kelab yang paling berjaya di Malaysia adalah Selangor FA


Malaysia dan beberapa negara seperti Thailand adalah satu-satunya pasukan di pentas ASEAN yang tidak menggunakan pemain-pemain luar seperti Indonesia dan Singapura telah lakukan bagi pasukan kebangsaan mereka.Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 
'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember. Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Lalu Harimau Malaya dengan sendirinya dianggap layak dinobatkan kembali sebagai 'raja bola sepak' rantau Asia Tenggara. Ini dikuatkan lagi dengan kejayaannya mempertahan pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2011. Jadi kepada semua sentiasalah beri sokongan yang padu kepada pasukan bola sepak Malaysia supaya 
Bolasepak Malaysia akan kembali  bangkit untuk memegang status pasukan yang digeruni di Asia!. SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!

No comments:

Post a Comment

Loady Pendulum[s]