Malam Nisfu Sya'ban ini adalah malam pertengahan bagi bulan Sya'ban. Malam ini juga Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "Apabila tiba malam nisfu Sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya."
Allah juga berfirman "Sesiapa yang meminta ampun maka, Aku mengampunkannya"
Oleh itu, LPP ingin memberi sedikit info untuk diibadahkan semasa pertengahan bulan Sya'ban ini. Selok-eloknya, malam nisfu ini haurs membaca tiga kali Yassin berturut-turut. Setiap kali bacaan Yassin, kita sudahi dengan doa dengan niat-niat yang tertentu.
Antara niat-niat ketika membaca doa selepas habis setiap bacaan Yassin ialah:-
- Bermohon untuk dipanjangkan umur
- Berniat dimurahkan rezeki
- Meminta iman diteguhkan
Semoga malam ini menjadi malam yang sempurna bagi umat-umat Islam di luar sana yang menyokong LPP.
Penjelasan Malam Nisfu Sya'ban diperolehi dari kitab Ihya' Ulumuddin hasil karya Imam Al-Ghazali.
No comments:
Post a Comment